Thursday, June 30, 2011

Novel : Yang Tercinta [prolog]

Matanya merenung sayu, pada pusara yang masih lagi merah tanahnya, hembusan nafas lesu dilepaskan. Sesekali dia menggetap bibir menahan sendu yang mula bertamu , merajai hatinya. Mengapa begini jadinya? Di mana mahu disorokkan muka ini nanti? AH mungkin inilah balasan buat aku yang terlalu mencintai dunia ini.

"PASANGAN DATO' SUAMI ISTERI MAUT AKIBAT MEMANDU DALAM KEADAAN MABUK"

"Papa masih boleh drive ke? kalau tak boleh biar Ria call pemandu kita, biar dia jemput kita," risau bila melihat langkah kaki Dato' Reza yang sudah tidak teratur, pincang dan tak seimbang.

"Papa ok, tengok? hah kan masih steady ni, betul kan Rossy," sambil memeluk pinggang Datin Rosilah yang berada disisinya.

"A'ah.. hikhikhik.." mengekek wanita itu ketawa, dan dia sendiri kurang faham untuk apa mamanya itu ketawa.

Segalanya serba pantas, dalam sekelip mata dia kehilangan segalanya. Matinya mereka dalam keadaan yang sangat berdosa dengan darah yang bersebati dengan alkoholnya. Agaknya TUHAN ampunkan mereka tak? hati mula bertanya walang.

Ah... selama ini pun aku tak pernah diperkenalkan dengan siapa Tuhanku, harapkan di kad pengenalan sahaja, agamaku tertera dengan perkataan ISLAM. ISLAM kah aku? tapi ISLAM yang bagaimana.

"Papa!!! lori depan tu"

"EH papa nampaklah, Ria jangan takut, papa steady lagi ni... haha"

"Papa... awasssss!!!!" jeritnya kalut.

Bang!!! terus gelap pandangan matanya, segalanya sepi.

Sedar-sedar dia sudah kehilangan... Air mata mata jatuh jua menuruni lekuk pipinya, sakit yang sudah sememang sakit, sakitnya sebuah kehilangan tidak terucap dengan kata-kata, tidak terluah dengan segala perkataan yang sedia ada.

"Cik" terasa bahunya diramas lembut. Dia mengeluh.

Agaknya kenapa DIA tak ambil aku sekali? meninggalkan aku keseorangan dalam dunia ini? KENAPA? adakah DIA sengaja, melihat diriku terus merana menyaksikan satu demi satu insan kesayangan pergi meninggalkan dirinya.

"Kita pulang" hanya dua patah perkataan yang keluar daripada mulut pembantunya yang hanya membisu semenjak tadi. Semalam dia masih punya mereka, dan hari ini tanpa diduga mereka sudah tiada. Dia sendiri parah, cedera di kaki, tangan dan kepalanya.

Suasana di tanak perkuburan ini kembali sunyi sepi, hanya desiran angin sahaja yang kedengaran. Dia sendiri tidak sedar entah bila mereka-mereka yang ramai tadi beransur berlalu pergi.

Ah tinggallah aku kini menyambung legasi keluarga Dato' Reza dan Datin Rosilah, tapi mampukah aku? Bagaimana agaknya aku mampu menempuh kehidupan selepas ini dengan arang yang sudah terpalit tebal di muka ini.

Seorang yang terkenal dengan sifat pemurah dan dermawannya itu telah pergi dalam keadaan mengaibkan. Huh cepatnya balasan tuhan, tak kira waktu dan tempat, dia tahu mana yang ikhlas mana yang palsu.


0 comments:

Post a Comment